Before We Start Cooking

Thursday, 24 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Ladies and gentlemen! this what i found just now from fb. So, don't wait and let's start it now. :)




Maggi-Mee Goreng Bujang

Wednesday, 23 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim..


For all you know, aku sekarang ni tengah berdiet. Kononnya lah kan. So that, aku memang betul-betul control makanlah. Nasi dah jarang-jarang aku makan. Seminggu sekali nak jumpa nasi pun memang susahlah. Hari-hari aku akan makan segala benda tapi bukan nasi.

Tak percaya? Wondering how i could live without even taking rice? Hehe. Itu kenalah kuat semangat. Kena ada daya tahanan yang kental dan mental yang cekal. Tapi terkadang kalau aku tak dapat elak, contoh ada event kat office ke, yang dihidangkan tu tak lain tak bukan nasi, terpaksalah aku hadap jugak. Tapiiiii, aku akan ambik dalam kuantiti yang sangat-sangat sedikit. Aku ulang balik. Kuantiti yang sangat-sangat-sangat-amat sedikit.

So, hari-hari aku akan makan mee je. Roti je ke. And so on lah yang berunsurkan bukan nasik. And as for that, aku nak kongsi masakan yang aku main bedal je sendiri. Haaa. Very small the pieces lah nak cakap. Let's read the method. :)

What you need are, the very most important things la kan, 3 beradik nih. Bawang merah, bawang putih, lada. Haa, if you have all these 3 things, korang nak jadi chef kat hotel first world genting pun lepas tau. Kemudian, for sure la maggi mee tu. So,  macam biasa aku tumbuk bawang and lada tu semua, then tumis.

Time tumis tu, aku tumis lama sikit. Biar tak sakit perut. Nanti tumis tak masak, susah pulakkk. Haih. Dah tumis-tumis tu, agak-agak garing, aku masuk sos tiram. Then, masuk air sikitttt je. Kacau-kacau, after that, aku masukkan ayam. Biar ayam tu masak sikit la. Masuk air sikit, garam setengah sudu kecik.

Agak-agak rasa dah cukup masin, aku masuk kicap sebanyak yang boleh sampai kuah tu jadi hitam. Pastu aku adjust la kuah tu, tambah air bagi tak kering sangat. Kemudian baru aku masukkan mee. Oh ye, mee tu aku rebus dulu tapi rebus separuh masak je sebab taknak kembang sangat.

Oraittt. dah masuk mee, aku pun kacau-kacaulah mee tu. Aku tengok tak hitam sangat, aku pun tambah lagi kicap. Dah adjust rasa, dah ok semua, so, done! senang je kan? easy as abc. Happy trying :)







Mee Bandung Mamak

Monday, 14 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Korang mesti pelik kan, kenapa aku punya menu hari ni macam tak pernah dengar. Hehe. Sebenarnya hari ni aku rancang nak masak mee bandung. Sekali ter jadi mee seakan-akan mamak laa pulak. Jadi, aku namakan la menu aku hari ni mee bandung mamak. 

Kesnya, aku terkacau mee sekali dengan telur yang aku masukkan last-last mee tu before mee tu betul-betul masak. Huhu. Sedih-sedih. Apa-apa pun, janji sedap!

Ok, oleh kerana mee bandung sebenar tak jadi, so, aku cerita mee bandung mamak nilah. mee bandung? lain hari daaa.

Orait, aku masak mee ni guna lada kering yang dikisar. Guna dalam dua sudu besar je sebab makan untuk seorang. Housemate aku jual mahal pulak harini tak nak makan sekali sebab nak habiskan cucur bilis semalam yang still ada. huhu. Back to the track. :)

Aku guna sebijik bawang merah, tumbuk sampai lumat. Then, potong sikit ayam, suka hati lah korang nak banyak mana, who cares. Aku guna bahan yang simple je. Apa yang ada kat dapur, itulah yang aku guna. Tak adalah aku nak pergi kedai Fatta tepi jalan tu ha nak beli bahan khas semata-mata nak merealisasikan mee bandung tak jadi aku ni. 

Sedia untuk dimasak, panaskan minyak. Korang kenala belajar untuk agak-agak je minyak tu banyak mana.
Apa yang penting, jangan banyak sangat sampai kolestrol jadi tinggi, and jangan sikit sangat sampai tumis pun hangus. Hehe.

Bila minyak dah panas, aku masukkan lada kisar tadi, tumis sekali bawang yang aku dah tumbuk. Here i wanna tell you that I more prefer to tumbuk the onion rather than blend. Entahla, tapi aku rasa lagi sedap tumbuk. Lain orang lain cara. 

Next tumis sampai garing, nak tahu garing macam mana, aku sendiri pun tak tahu. Cuma, aku set kan tumis apa-apa lah biar lama sikit dalam lebih kurang 5 minit. Dalam 5 minit tu make sure la kita jaga api and apa yang ditumis tu. 

Then, aku masukkan air sikit bila bawang and lada tadi dah garing. Air tu banyak mana nak jadikan kuah je. Kacau-kacau, campak pulak ayam. Then, letak garam and gula. Lepas tu aku masukkan sos cili sikit. Sebenarnya tu bahan utama. Should be ketchup, tapi setakat hari ni, tak adala pulak aku and housemate makan cicah tomato kan. So, aku sebat je sos cili yang ada. Bila dah masukkan sos tu, kena control rasa la.. Agak-agak rasa dia macam mee bandung, kira jadilah tu. Kuah tu akan kelihatan pekat-pekat sikit. Baru masuk mee. 

Ok, tak habis lagi tau. Itu kalau mee bandung. Yang aku punya resepi tersalah ni, lain pulak stepnya. Untuk mee bandung mamak ni, lepas aku letakkan mee dalam kuah tu tadi, aku pecahkan telur sebijik dalam kuali tu. Sepatutnya aku  biarkan je telur tu. Tak perlu nak kacau dah. Tapi tadi memang spoiled. After aku masukkan telur tu, aku terus gaulkan mee tu dengan telur sampai rata. Tiba-tiba aku perasan yang kuah dia jadi pekat sangat-sangat.Kemudian naiklah aroma mee mamak. Aiseh. Habis mee bandung aku. Grrr :[

So, pendek kata mee aku tak jadi. Aku pun tak boleh nak u-turn balik dah. Move on je lah.. Aku adjust rasa sikit-sikit tutup api. Dah habis cerita. Dengan itu, terciptalah mee bandung mamak. Mee bandung sepatutnya cair, tapi pekat. Mee mamak yang sepatutnya kering, tapi basah and lembap. Nasib baik sedap. =,=''  Tak kisahlah apa pun, janji SEDAP! Korang nak cuba.? Trylah. Selamat mencuba ya! :D




Cucur Bilis Bujang

Sunday, 13 January 2013



Bismillahirrahmanirrahim..

Orait, since this is the first post for the menu, aku post menu mudah je ok. Cucur bilis. Aku baru je mengusahakan cucur ni petang tadi. Kenapa bujang? Because this's orang bujang punya resipi. :D  Syok makan cucur petang-petang ni sebenarnya. Membangkit selera. Serve sekali dengan teh o panas-panas. Fuh, lapar semula jadinya. ok girls, let's check the step to make this cucur :)

Firstly, we have to have all these items :

Tepung gandum
Ikan bilis (kecik-kecik je tau)
Bawang merah
Kentang
Garam
Air

Sikit dan mudah je kan bahan dia? Gerenti boleh dapat kat dapur umah korang malam ni jugak kan. hehe. Ok continue.

Secondly, korang bismillah dulu baru korang hiris sebijik bawang merah. Racip halus-halus. Then, masuk dalam satu bekas besar sebab nak gaul sekali dengan tepung nanti. Kupas sebijik kentang, potong dadu-dadu, kecik-kecik, and then campak je dalam bekas yang sama. Ikan bilis tu korang ambik setengah genggam, basuh-basuh masuk jugak dalam bekas tadi tu. After then baru korang masukkan tepung gandum dalam 2 cawan penuh. Pandai-pandai korangla agak tepung tu banyak mana, sesuai dengan kuantiti ikan bilis and kentang tadi tu. Bawang tak jadi masalah kalau nak letak banyak sikit. No hal.

Next korang campak garam. Haa, part garam ni aku tak boleh nak tolong. Korang semua ada deria rasa jadi korang la kena rasa sendiri. Jangan masin sangat, jangan langsung tawar okeyh. Aku pun main hentam je letak garam. Tapi jangan sampai sesudu, habis satu rumah darah tinggi nanti. Aku agak, kalau tepung dua cawan, garam setengah sudu kecik je kot. Alah, pandai-pandaila korang yer. Yang penting, garam secukup rasa. Habis cerita.

Lastly, air. Masukkan air sikit-sikit. Kemudian kacau dulu tepung semua bahan tadi sampai dia jadi bater. Aku rasa kalau girls mesti ada belajar kat sekolah kemahiran hidup ekonomi rumah tangga apa tu bater. So kalau tak tahu apa bater tu, sila rujuk resepi dalam buku sekolah form 1,2,3 yer. :D

Bater tu nanti jangan terlalu cair. Kalau korang terlajak isi air, maka, terpaksalah korang tambah sikit tepung untuk kasi bater tu likat sikit. That's why aku suruh korang letak sikit-sikit air. Bila bater tu korang tengok tak cair and tak lah kurang air, so, it's ready to be fried!

Korang panaskan kuali and letak minyak. Then, tunggu selama 90 saat sampai minyak tu tadi panas. Kemudian korang slow kan api kepada api yang paling slow korang boleh buat kat dapur korang tu. Kalau tak, cucur korang akan hangus dengan cepat. Trust me. No wonderla kan, sebab menda ni dah banyak kali jadi kat cucur aku. hehe.

Now, korang ceduk bater tu tadi dengan sudu, kemudian ambik satu lagi sudu untuk tolak bater tu dalam kuali. Kalau korang pandai and rajin, korang boleh bentukkan bater tu cantik-cantik and bulat-bulat and comel-comel baru korang masukkan dalam kuali.

Dah masuk, baru korang pasang balik api tu sederhana. Korang jangan lari jauh-jauh. Duduk je depan kuali tu jaga semua cucur-cucur. Kalau tak, cucur tu akan mati kehangusan. haha. Ok, aku rasa korang dah dapat tangkap kot.

Jadi, Selamat mencuba! :)









The Starting



Bismillahirrahmanirrahim..

First of all, alhamdulillah. This blog I build special for teenagers outside there to make sure that girls could conquer the kitchen in the age of YOUNG. Same goes to me. Aku memang tak pandai masak. Totally out punyalah. But sooner or later, we HAVE TO learn how to cook.

Kat sini girls, aku akan bantu korang merangkak macam mana aku merangkak sampai aku reti memasak. But don't expect too much from me because aku pun tengah bertungkus lumus belajar memasak nih.

I tell you what, umur aku 21 baru aku pandai masak sikit-sikit. Dan, aku berani kerat jari la, ada lagi kaum hawa kat luar tu lebih-lebih tua dari aku yang memang tak reti langsung pegang sudip, usahkan memasak. Betul kan.? yeah, so true!

InsyaAllah apa yang aku post ni nanti dapatla sedikit sebanyak tolong korang semua masak. Memang takkan sama dengan resepi atau rencah yang original sepatutnya, tapi inilah dikatakan pembelajaran. Aku punya trademark kat sini : bedal ikut suka hati janji SEDAP. So makcik-makcik or kakak-kakak or chef-chef including master chef kat luar sana tu, jangan complain banyak-banyak sebab kesemua cara dan bahan untuk memasak yang aku postkan memang tak munasabah. Janji sedap.

So guys, let's start our lessons! :)