Mee Bandung Mamak

Monday, 14 January 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Korang mesti pelik kan, kenapa aku punya menu hari ni macam tak pernah dengar. Hehe. Sebenarnya hari ni aku rancang nak masak mee bandung. Sekali ter jadi mee seakan-akan mamak laa pulak. Jadi, aku namakan la menu aku hari ni mee bandung mamak. 

Kesnya, aku terkacau mee sekali dengan telur yang aku masukkan last-last mee tu before mee tu betul-betul masak. Huhu. Sedih-sedih. Apa-apa pun, janji sedap!

Ok, oleh kerana mee bandung sebenar tak jadi, so, aku cerita mee bandung mamak nilah. mee bandung? lain hari daaa.

Orait, aku masak mee ni guna lada kering yang dikisar. Guna dalam dua sudu besar je sebab makan untuk seorang. Housemate aku jual mahal pulak harini tak nak makan sekali sebab nak habiskan cucur bilis semalam yang still ada. huhu. Back to the track. :)

Aku guna sebijik bawang merah, tumbuk sampai lumat. Then, potong sikit ayam, suka hati lah korang nak banyak mana, who cares. Aku guna bahan yang simple je. Apa yang ada kat dapur, itulah yang aku guna. Tak adalah aku nak pergi kedai Fatta tepi jalan tu ha nak beli bahan khas semata-mata nak merealisasikan mee bandung tak jadi aku ni. 

Sedia untuk dimasak, panaskan minyak. Korang kenala belajar untuk agak-agak je minyak tu banyak mana.
Apa yang penting, jangan banyak sangat sampai kolestrol jadi tinggi, and jangan sikit sangat sampai tumis pun hangus. Hehe.

Bila minyak dah panas, aku masukkan lada kisar tadi, tumis sekali bawang yang aku dah tumbuk. Here i wanna tell you that I more prefer to tumbuk the onion rather than blend. Entahla, tapi aku rasa lagi sedap tumbuk. Lain orang lain cara. 

Next tumis sampai garing, nak tahu garing macam mana, aku sendiri pun tak tahu. Cuma, aku set kan tumis apa-apa lah biar lama sikit dalam lebih kurang 5 minit. Dalam 5 minit tu make sure la kita jaga api and apa yang ditumis tu. 

Then, aku masukkan air sikit bila bawang and lada tadi dah garing. Air tu banyak mana nak jadikan kuah je. Kacau-kacau, campak pulak ayam. Then, letak garam and gula. Lepas tu aku masukkan sos cili sikit. Sebenarnya tu bahan utama. Should be ketchup, tapi setakat hari ni, tak adala pulak aku and housemate makan cicah tomato kan. So, aku sebat je sos cili yang ada. Bila dah masukkan sos tu, kena control rasa la.. Agak-agak rasa dia macam mee bandung, kira jadilah tu. Kuah tu akan kelihatan pekat-pekat sikit. Baru masuk mee. 

Ok, tak habis lagi tau. Itu kalau mee bandung. Yang aku punya resepi tersalah ni, lain pulak stepnya. Untuk mee bandung mamak ni, lepas aku letakkan mee dalam kuah tu tadi, aku pecahkan telur sebijik dalam kuali tu. Sepatutnya aku  biarkan je telur tu. Tak perlu nak kacau dah. Tapi tadi memang spoiled. After aku masukkan telur tu, aku terus gaulkan mee tu dengan telur sampai rata. Tiba-tiba aku perasan yang kuah dia jadi pekat sangat-sangat.Kemudian naiklah aroma mee mamak. Aiseh. Habis mee bandung aku. Grrr :[

So, pendek kata mee aku tak jadi. Aku pun tak boleh nak u-turn balik dah. Move on je lah.. Aku adjust rasa sikit-sikit tutup api. Dah habis cerita. Dengan itu, terciptalah mee bandung mamak. Mee bandung sepatutnya cair, tapi pekat. Mee mamak yang sepatutnya kering, tapi basah and lembap. Nasib baik sedap. =,=''  Tak kisahlah apa pun, janji SEDAP! Korang nak cuba.? Trylah. Selamat mencuba ya! :D




0 Anything..?: