Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Cucur Bilis Bujang

Sunday, 13 January 2013



Bismillahirrahmanirrahim..

Orait, since this is the first post for the menu, aku post menu mudah je ok. Cucur bilis. Aku baru je mengusahakan cucur ni petang tadi. Kenapa bujang? Because this's orang bujang punya resipi. :D  Syok makan cucur petang-petang ni sebenarnya. Membangkit selera. Serve sekali dengan teh o panas-panas. Fuh, lapar semula jadinya. ok girls, let's check the step to make this cucur :)

Firstly, we have to have all these items :

Tepung gandum
Ikan bilis (kecik-kecik je tau)
Bawang merah
Kentang
Garam
Air

Sikit dan mudah je kan bahan dia? Gerenti boleh dapat kat dapur umah korang malam ni jugak kan. hehe. Ok continue.

Secondly, korang bismillah dulu baru korang hiris sebijik bawang merah. Racip halus-halus. Then, masuk dalam satu bekas besar sebab nak gaul sekali dengan tepung nanti. Kupas sebijik kentang, potong dadu-dadu, kecik-kecik, and then campak je dalam bekas yang sama. Ikan bilis tu korang ambik setengah genggam, basuh-basuh masuk jugak dalam bekas tadi tu. After then baru korang masukkan tepung gandum dalam 2 cawan penuh. Pandai-pandai korangla agak tepung tu banyak mana, sesuai dengan kuantiti ikan bilis and kentang tadi tu. Bawang tak jadi masalah kalau nak letak banyak sikit. No hal.

Next korang campak garam. Haa, part garam ni aku tak boleh nak tolong. Korang semua ada deria rasa jadi korang la kena rasa sendiri. Jangan masin sangat, jangan langsung tawar okeyh. Aku pun main hentam je letak garam. Tapi jangan sampai sesudu, habis satu rumah darah tinggi nanti. Aku agak, kalau tepung dua cawan, garam setengah sudu kecik je kot. Alah, pandai-pandaila korang yer. Yang penting, garam secukup rasa. Habis cerita.

Lastly, air. Masukkan air sikit-sikit. Kemudian kacau dulu tepung semua bahan tadi sampai dia jadi bater. Aku rasa kalau girls mesti ada belajar kat sekolah kemahiran hidup ekonomi rumah tangga apa tu bater. So kalau tak tahu apa bater tu, sila rujuk resepi dalam buku sekolah form 1,2,3 yer. :D

Bater tu nanti jangan terlalu cair. Kalau korang terlajak isi air, maka, terpaksalah korang tambah sikit tepung untuk kasi bater tu likat sikit. That's why aku suruh korang letak sikit-sikit air. Bila bater tu korang tengok tak cair and tak lah kurang air, so, it's ready to be fried!

Korang panaskan kuali and letak minyak. Then, tunggu selama 90 saat sampai minyak tu tadi panas. Kemudian korang slow kan api kepada api yang paling slow korang boleh buat kat dapur korang tu. Kalau tak, cucur korang akan hangus dengan cepat. Trust me. No wonderla kan, sebab menda ni dah banyak kali jadi kat cucur aku. hehe.

Now, korang ceduk bater tu tadi dengan sudu, kemudian ambik satu lagi sudu untuk tolak bater tu dalam kuali. Kalau korang pandai and rajin, korang boleh bentukkan bater tu cantik-cantik and bulat-bulat and comel-comel baru korang masukkan dalam kuali.

Dah masuk, baru korang pasang balik api tu sederhana. Korang jangan lari jauh-jauh. Duduk je depan kuali tu jaga semua cucur-cucur. Kalau tak, cucur tu akan mati kehangusan. haha. Ok, aku rasa korang dah dapat tangkap kot.

Jadi, Selamat mencuba! :)