Bismillahirrahmanirrahim..
Diet aku mesti bersepah kalau aku ter makan nasik setelah lama tak makan. For sure aku akan teringin lagi lagi dan lagi nasik bila sehari aku start jamah nasik. Dek kerana itu, aku pun masak lah nasik kat rumah.
Kacang buncis goreng. For all you know guys, ini adalah menu pertama dalam hidup aku yang aku expert. Aku mula-mula memasak dulu, lauk nilah. Boleh dikatakan kalau nak makan kacang buncis, memang akulah chef yang perlu ambil alih dapur time tu. And thanks to Kak Jue yang sekarang dah pun nak dapat first baby kerana telah mengajar aku macam mana nak goreng kacang buncis ni time dia still single dulu. huhu.
Jujurnya, aku petik jari jela kalau korang suruh aku masak lauk ni. Pejam mata je. Ceeewah. :P
Ok ok. Aku cerita cara-cara masak menda alah ni.
Aku tumbuk bawang merah 2 bijik, bawang putih 1 bijik, lada 3 bijik. Aku kasi telinga berasap sikitlah kan. Kemudian kacang buncis tu basuh dulu then potong serong-serong. Tapis. Fishcake aku ambil sebatang and potong nipis-nipis.
Mula-mula, goreng fishcake dulu supaya tak hanyir. Ni petua hosmet akulah. Lepas tu, masuk and tumis terus bahan yang ditumbuk, sampai garing and masak. Kalau tak masak nanti sakit perut pulak kan. Masuk air sikit sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan.
Macam biasa, next step ialah memasukkan sos tiram dengan kuantiti agak banyak. Kacau-kacau, masukkan garam and rasa. Dah ok, aku masukkan kacang buncis tu tadi. Before that, lalu air dulu sambil berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Masuk dan kacau sebati. cewah macam nak buat adunan kek pulak kan.
Ok ok continue. Dalam kuali, aku buat satu lubang di tengah-tengah kuali tu, biarkan kacang buncis di tepi sekeliling. Aku masukkan telur sebijik. Tunggu sekejap biarkan telur tu masak sikit, kemudian kacau telur tu ditengah-tengah kuali tadi. Dah agak-agak masak sikit, baru aku kacaukan telur tu dengan kacang buncis tersebut.
Kacau rata, rasa, tutup api, angkat dan hidang! :D
Selamat mencuba ye ladies and gentlemen. :)

0 Anything..?:
Post a Comment