Kacang Buncis Goreng

Sunday, 24 February 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Diet aku mesti bersepah kalau aku ter makan nasik setelah lama tak makan. For sure aku akan teringin lagi lagi dan lagi nasik bila sehari aku start jamah nasik. Dek kerana itu, aku pun masak lah nasik kat rumah. 

Kacang buncis goreng. For all you know guys, ini adalah menu pertama dalam hidup aku yang aku expert. Aku mula-mula memasak dulu, lauk nilah. Boleh dikatakan kalau nak makan kacang buncis, memang akulah chef yang perlu ambil alih dapur time tu. And thanks to Kak Jue yang sekarang dah pun nak dapat first baby kerana telah mengajar aku macam mana nak goreng kacang buncis ni time dia still single dulu. huhu.

Jujurnya, aku petik jari jela kalau korang suruh aku masak lauk ni. Pejam mata je. Ceeewah. :P

Ok ok. Aku cerita cara-cara masak menda alah ni.

Aku tumbuk bawang merah 2 bijik, bawang putih 1 bijik, lada 3 bijik. Aku kasi telinga berasap sikitlah kan. Kemudian kacang buncis tu basuh dulu then potong serong-serong. Tapis. Fishcake aku ambil sebatang and potong nipis-nipis.

Mula-mula, goreng fishcake dulu supaya tak hanyir. Ni petua hosmet akulah. Lepas tu, masuk and tumis  terus bahan yang ditumbuk, sampai garing and masak. Kalau tak masak nanti sakit perut pulak kan. Masuk air sikit sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan.

Macam biasa, next step ialah memasukkan sos tiram dengan kuantiti agak banyak. Kacau-kacau, masukkan garam and rasa. Dah ok, aku masukkan kacang buncis tu tadi. Before that, lalu air dulu sambil berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Masuk dan kacau sebati. cewah macam nak buat adunan kek pulak kan.

Ok ok continue. Dalam kuali, aku buat satu lubang di tengah-tengah kuali tu, biarkan kacang buncis di tepi sekeliling. Aku masukkan telur sebijik. Tunggu sekejap biarkan telur tu masak sikit, kemudian kacau telur tu ditengah-tengah kuali tadi. Dah agak-agak masak sikit, baru aku kacaukan telur tu dengan kacang buncis tersebut. 

Kacau rata, rasa, tutup api, angkat dan hidang! :D

Selamat mencuba ye ladies and gentlemen. :)





Sardin Bujang

Bismillahirrahmanirrahim..


Sardin bujang. Korang pernah dengar tak? Bujang tu aku reka sendirilah. Haha.

Disebabkan kat rumah ni tak ada lauk, aku kadang-kadang memenuhkan isi perut dengan makanan dalam tin. Makanan yang tak asing lagi bagi kita semua. SARDIN.

Masak sardin ni adalah perkara paling paling paling simple untuk dilaksanakan. Haa, kalau korang malas jugak, aku tak tahulah nak kata apa. Jom kita selidik macam mana pulak aku masak sardin nih.

Macam biasa aku perlukan tiga beradik bahan untuk menumis. Bawang merah, putih dan lada. Tumis tiga bahan tu kemudian masuk air sardin dulu. Itu hosmet aku yang ajar. Ikan sardin tu biarkan mereka berenang-renang dalam tin time menumis. Aku suka kuah yang banyak, jadi aku letaklah air banyak sikit.

Aku masukkan garam and bila dah rasa ok, aku masukkan ikan-ikan sardin yang dalam tin tadi. Ambik bawang besar yang lain, saiz yang agak besar la kan, mayang kasar-kasar and bulat-bulat. Basuh dulu kemudian pecah-pecahkan biar jadi satu gegelung bawang. Ha, masukkan dalam kuali. 

Kalau korang nak best lagi, korang perahlah limau kasturi atau limau nipis nak kasi masam and kaww. Aku pun tak sure limau apa tu, kasturi or limau nipis. Aku main belasah je asal ada rasa masam. Then it's done. :D

Korang cubalah ye. Sangat mudah, senang, ringkas, cepat dan padat. :D





Bi Hun Goreng Tomyam

Bismillahirrahmanirrahim..


Hello guys. :)
Kali ni aku nak share macam mana nak masak bi hun goreng. Tapi ni bukan bi hun goreng biasa-biasa. Bi hun goreng luar biasa punya. TOMYAM. 

Usually kita selalu dengar nasi goreng tomyam je kan? So, aku bedal la pulak mee berperisa tomyam.

Orait, macam biasa aku perlukan bawang besar, bawang putih and lada. Tiga beradik nih tak boleh di miss kan. 

First of all, aku tumbuk bawang and lada, kemudian aku tumbuk sekali kiub tomyam knorr tu. Kemudian tumiskan. Masuk sikit sos tiram, ayam yang dipotong kecik-kecik. Tumiskan lama sikit sampai ayam tu masak. Jaga api, kalau tak nak hangus, masuk air sikitlah kan. Macam biasa-biasa aku bagitahu laa.

Ok, dah siap tumis, masuk air banyak sikit, tapi jangan banyak sangatlah. Bukan nak buat bi hun goreng basah pun kannn. Masuk garam and kicap. So, korang kena rasalah, cukup masamnya tak, cukup masinnya, cukup manis kicapnya. Kalau dah cukup, dah boleh masukkan bi hun yang dicelar. 

Kacau kacau kacau, siap! Haaa, kan mudah je nak menggoreng. It's easy as abc jelah. 

So, happy trying. :)