♥ Cook With Love ♥
I don't love to cook, yet I'll cook with love ♥
Kacang Buncis Goreng
Sunday, 24 February 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Diet aku mesti bersepah kalau aku ter makan nasik setelah lama tak makan. For sure aku akan teringin lagi lagi dan lagi nasik bila sehari aku start jamah nasik. Dek kerana itu, aku pun masak lah nasik kat rumah.
Kacang buncis goreng. For all you know guys, ini adalah menu pertama dalam hidup aku yang aku expert. Aku mula-mula memasak dulu, lauk nilah. Boleh dikatakan kalau nak makan kacang buncis, memang akulah chef yang perlu ambil alih dapur time tu. And thanks to Kak Jue yang sekarang dah pun nak dapat first baby kerana telah mengajar aku macam mana nak goreng kacang buncis ni time dia still single dulu. huhu.
Jujurnya, aku petik jari jela kalau korang suruh aku masak lauk ni. Pejam mata je. Ceeewah. :P
Ok ok. Aku cerita cara-cara masak menda alah ni.
Aku tumbuk bawang merah 2 bijik, bawang putih 1 bijik, lada 3 bijik. Aku kasi telinga berasap sikitlah kan. Kemudian kacang buncis tu basuh dulu then potong serong-serong. Tapis. Fishcake aku ambil sebatang and potong nipis-nipis.
Mula-mula, goreng fishcake dulu supaya tak hanyir. Ni petua hosmet akulah. Lepas tu, masuk and tumis terus bahan yang ditumbuk, sampai garing and masak. Kalau tak masak nanti sakit perut pulak kan. Masuk air sikit sahaja ye tuan-tuan dan puan-puan.
Macam biasa, next step ialah memasukkan sos tiram dengan kuantiti agak banyak. Kacau-kacau, masukkan garam and rasa. Dah ok, aku masukkan kacang buncis tu tadi. Before that, lalu air dulu sambil berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Masuk dan kacau sebati. cewah macam nak buat adunan kek pulak kan.
Ok ok continue. Dalam kuali, aku buat satu lubang di tengah-tengah kuali tu, biarkan kacang buncis di tepi sekeliling. Aku masukkan telur sebijik. Tunggu sekejap biarkan telur tu masak sikit, kemudian kacau telur tu ditengah-tengah kuali tadi. Dah agak-agak masak sikit, baru aku kacaukan telur tu dengan kacang buncis tersebut.
Kacau rata, rasa, tutup api, angkat dan hidang! :D
Selamat mencuba ye ladies and gentlemen. :)
Writen by Dieyaa Radzy at 3:24 am 0 Anything..?
Labels: Vegetables
Sardin Bujang
Bismillahirrahmanirrahim..
Sardin bujang. Korang pernah dengar tak? Bujang tu aku reka sendirilah. Haha.
Disebabkan kat rumah ni tak ada lauk, aku kadang-kadang memenuhkan isi perut dengan makanan dalam tin. Makanan yang tak asing lagi bagi kita semua. SARDIN.
Masak sardin ni adalah perkara paling paling paling simple untuk dilaksanakan. Haa, kalau korang malas jugak, aku tak tahulah nak kata apa. Jom kita selidik macam mana pulak aku masak sardin nih.
Macam biasa aku perlukan tiga beradik bahan untuk menumis. Bawang merah, putih dan lada. Tumis tiga bahan tu kemudian masuk air sardin dulu. Itu hosmet aku yang ajar. Ikan sardin tu biarkan mereka berenang-renang dalam tin time menumis. Aku suka kuah yang banyak, jadi aku letaklah air banyak sikit.
Aku masukkan garam and bila dah rasa ok, aku masukkan ikan-ikan sardin yang dalam tin tadi. Ambik bawang besar yang lain, saiz yang agak besar la kan, mayang kasar-kasar and bulat-bulat. Basuh dulu kemudian pecah-pecahkan biar jadi satu gegelung bawang. Ha, masukkan dalam kuali.
Kalau korang nak best lagi, korang perahlah limau kasturi atau limau nipis nak kasi masam and kaww. Aku pun tak sure limau apa tu, kasturi or limau nipis. Aku main belasah je asal ada rasa masam. Then it's done. :D
Korang cubalah ye. Sangat mudah, senang, ringkas, cepat dan padat. :D
Writen by Dieyaa Radzy at 3:02 am 0 Anything..?
Labels: Fish
Bi Hun Goreng Tomyam
Bismillahirrahmanirrahim..
Hello guys. :)
Kali ni aku nak share macam mana nak masak bi hun goreng. Tapi ni bukan bi hun goreng biasa-biasa. Bi hun goreng luar biasa punya. TOMYAM.
Usually kita selalu dengar nasi goreng tomyam je kan? So, aku bedal la pulak mee berperisa tomyam.
Orait, macam biasa aku perlukan bawang besar, bawang putih and lada. Tiga beradik nih tak boleh di miss kan.
First of all, aku tumbuk bawang and lada, kemudian aku tumbuk sekali kiub tomyam knorr tu. Kemudian tumiskan. Masuk sikit sos tiram, ayam yang dipotong kecik-kecik. Tumiskan lama sikit sampai ayam tu masak. Jaga api, kalau tak nak hangus, masuk air sikitlah kan. Macam biasa-biasa aku bagitahu laa.
Ok, dah siap tumis, masuk air banyak sikit, tapi jangan banyak sangatlah. Bukan nak buat bi hun goreng basah pun kannn. Masuk garam and kicap. So, korang kena rasalah, cukup masamnya tak, cukup masinnya, cukup manis kicapnya. Kalau dah cukup, dah boleh masukkan bi hun yang dicelar.
Ok, dah siap tumis, masuk air banyak sikit, tapi jangan banyak sangatlah. Bukan nak buat bi hun goreng basah pun kannn. Masuk garam and kicap. So, korang kena rasalah, cukup masamnya tak, cukup masinnya, cukup manis kicapnya. Kalau dah cukup, dah boleh masukkan bi hun yang dicelar.
Kacau kacau kacau, siap! Haaa, kan mudah je nak menggoreng. It's easy as abc jelah.
So, happy trying. :)
Writen by Dieyaa Radzy at 2:36 am 0 Anything..?
Labels: Mee
Before We Start Cooking
Thursday, 24 January 2013
Writen by Dieyaa Radzy at 6:58 pm 0 Anything..?
Labels: Kitchen
Maggi-Mee Goreng Bujang
Wednesday, 23 January 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
For all you know, aku sekarang ni tengah berdiet. Kononnya lah kan. So that, aku memang betul-betul control makanlah. Nasi dah jarang-jarang aku makan. Seminggu sekali nak jumpa nasi pun memang susahlah. Hari-hari aku akan makan segala benda tapi bukan nasi.
Tak percaya? Wondering how i could live without even taking rice? Hehe. Itu kenalah kuat semangat. Kena ada daya tahanan yang kental dan mental yang cekal. Tapi terkadang kalau aku tak dapat elak, contoh ada event kat office ke, yang dihidangkan tu tak lain tak bukan nasi, terpaksalah aku hadap jugak. Tapiiiii, aku akan ambik dalam kuantiti yang sangat-sangat sedikit. Aku ulang balik. Kuantiti yang sangat-sangat-sangat-amat sedikit.
So, hari-hari aku akan makan mee je. Roti je ke. And so on lah yang berunsurkan bukan nasik. And as for that, aku nak kongsi masakan yang aku main bedal je sendiri. Haaa. Very small the pieces lah nak cakap. Let's read the method. :)
What you need are, the very most important things la kan, 3 beradik nih. Bawang merah, bawang putih, lada. Haa, if you have all these 3 things, korang nak jadi chef kat hotel first world genting pun lepas tau. Kemudian, for sure la maggi mee tu. So, macam biasa aku tumbuk bawang and lada tu semua, then tumis.
Time tumis tu, aku tumis lama sikit. Biar tak sakit perut. Nanti tumis tak masak, susah pulakkk. Haih. Dah tumis-tumis tu, agak-agak garing, aku masuk sos tiram. Then, masuk air sikitttt je. Kacau-kacau, after that, aku masukkan ayam. Biar ayam tu masak sikit la. Masuk air sikit, garam setengah sudu kecik.
Agak-agak rasa dah cukup masin, aku masuk kicap sebanyak yang boleh sampai kuah tu jadi hitam. Pastu aku adjust la kuah tu, tambah air bagi tak kering sangat. Kemudian baru aku masukkan mee. Oh ye, mee tu aku rebus dulu tapi rebus separuh masak je sebab taknak kembang sangat.
Oraittt. dah masuk mee, aku pun kacau-kacaulah mee tu. Aku tengok tak hitam sangat, aku pun tambah lagi kicap. Dah adjust rasa, dah ok semua, so, done! senang je kan? easy as abc. Happy trying :)
Tak percaya? Wondering how i could live without even taking rice? Hehe. Itu kenalah kuat semangat. Kena ada daya tahanan yang kental dan mental yang cekal. Tapi terkadang kalau aku tak dapat elak, contoh ada event kat office ke, yang dihidangkan tu tak lain tak bukan nasi, terpaksalah aku hadap jugak. Tapiiiii, aku akan ambik dalam kuantiti yang sangat-sangat sedikit. Aku ulang balik. Kuantiti yang sangat-sangat-sangat-amat sedikit.
So, hari-hari aku akan makan mee je. Roti je ke. And so on lah yang berunsurkan bukan nasik. And as for that, aku nak kongsi masakan yang aku main bedal je sendiri. Haaa. Very small the pieces lah nak cakap. Let's read the method. :)
What you need are, the very most important things la kan, 3 beradik nih. Bawang merah, bawang putih, lada. Haa, if you have all these 3 things, korang nak jadi chef kat hotel first world genting pun lepas tau. Kemudian, for sure la maggi mee tu. So, macam biasa aku tumbuk bawang and lada tu semua, then tumis.
Time tumis tu, aku tumis lama sikit. Biar tak sakit perut. Nanti tumis tak masak, susah pulakkk. Haih. Dah tumis-tumis tu, agak-agak garing, aku masuk sos tiram. Then, masuk air sikitttt je. Kacau-kacau, after that, aku masukkan ayam. Biar ayam tu masak sikit la. Masuk air sikit, garam setengah sudu kecik.
Agak-agak rasa dah cukup masin, aku masuk kicap sebanyak yang boleh sampai kuah tu jadi hitam. Pastu aku adjust la kuah tu, tambah air bagi tak kering sangat. Kemudian baru aku masukkan mee. Oh ye, mee tu aku rebus dulu tapi rebus separuh masak je sebab taknak kembang sangat.
Oraittt. dah masuk mee, aku pun kacau-kacaulah mee tu. Aku tengok tak hitam sangat, aku pun tambah lagi kicap. Dah adjust rasa, dah ok semua, so, done! senang je kan? easy as abc. Happy trying :)
Writen by Dieyaa Radzy at 9:44 pm 0 Anything..?
Labels: Mee
Mee Bandung Mamak
Monday, 14 January 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Korang mesti pelik kan, kenapa aku punya menu hari ni macam tak pernah dengar. Hehe. Sebenarnya hari ni aku rancang nak masak mee bandung. Sekali ter jadi mee seakan-akan mamak laa pulak. Jadi, aku namakan la menu aku hari ni mee bandung mamak.
Kesnya, aku terkacau mee sekali dengan telur yang aku masukkan last-last mee tu before mee tu betul-betul masak. Huhu. Sedih-sedih. Apa-apa pun, janji sedap!
Ok, oleh kerana mee bandung sebenar tak jadi, so, aku cerita mee bandung mamak nilah. mee bandung? lain hari daaa.
Orait, aku masak mee ni guna lada kering yang dikisar. Guna dalam dua sudu besar je sebab makan untuk seorang. Housemate aku jual mahal pulak harini tak nak makan sekali sebab nak habiskan cucur bilis semalam yang still ada. huhu. Back to the track. :)
Aku guna sebijik bawang merah, tumbuk sampai lumat. Then, potong sikit ayam, suka hati lah korang nak banyak mana, who cares. Aku guna bahan yang simple je. Apa yang ada kat dapur, itulah yang aku guna. Tak adalah aku nak pergi kedai Fatta tepi jalan tu ha nak beli bahan khas semata-mata nak merealisasikan mee bandung tak jadi aku ni.
Sedia untuk dimasak, panaskan minyak. Korang kenala belajar untuk agak-agak je minyak tu banyak mana.
Apa yang penting, jangan banyak sangat sampai kolestrol jadi tinggi, and jangan sikit sangat sampai tumis pun hangus. Hehe.
Bila minyak dah panas, aku masukkan lada kisar tadi, tumis sekali bawang yang aku dah tumbuk. Here i wanna tell you that I more prefer to tumbuk the onion rather than blend. Entahla, tapi aku rasa lagi sedap tumbuk. Lain orang lain cara.
Next tumis sampai garing, nak tahu garing macam mana, aku sendiri pun tak tahu. Cuma, aku set kan tumis apa-apa lah biar lama sikit dalam lebih kurang 5 minit. Dalam 5 minit tu make sure la kita jaga api and apa yang ditumis tu.
Then, aku masukkan air sikit bila bawang and lada tadi dah garing. Air tu banyak mana nak jadikan kuah je. Kacau-kacau, campak pulak ayam. Then, letak garam and gula. Lepas tu aku masukkan sos cili sikit. Sebenarnya tu bahan utama. Should be ketchup, tapi setakat hari ni, tak adala pulak aku and housemate makan cicah tomato kan. So, aku sebat je sos cili yang ada. Bila dah masukkan sos tu, kena control rasa la.. Agak-agak rasa dia macam mee bandung, kira jadilah tu. Kuah tu akan kelihatan pekat-pekat sikit. Baru masuk mee.
Ok, tak habis lagi tau. Itu kalau mee bandung. Yang aku punya resepi tersalah ni, lain pulak stepnya. Untuk mee bandung mamak ni, lepas aku letakkan mee dalam kuah tu tadi, aku pecahkan telur sebijik dalam kuali tu. Sepatutnya aku biarkan je telur tu. Tak perlu nak kacau dah. Tapi tadi memang spoiled. After aku masukkan telur tu, aku terus gaulkan mee tu dengan telur sampai rata. Tiba-tiba aku perasan yang kuah dia jadi pekat sangat-sangat.Kemudian naiklah aroma mee mamak. Aiseh. Habis mee bandung aku. Grrr :[
So, pendek kata mee aku tak jadi. Aku pun tak boleh nak u-turn balik dah. Move on je lah.. Aku adjust rasa sikit-sikit tutup api. Dah habis cerita. Dengan itu, terciptalah mee bandung mamak. Mee bandung sepatutnya cair, tapi pekat. Mee mamak yang sepatutnya kering, tapi basah and lembap. Nasib baik sedap. =,='' Tak kisahlah apa pun, janji SEDAP! Korang nak cuba.? Trylah. Selamat mencuba ya! :D
Writen by Dieyaa Radzy at 9:04 pm 0 Anything..?
Labels: Mee
Cucur Bilis Bujang
Sunday, 13 January 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Orait,
since this is the first post for the menu, aku post menu mudah je ok. Cucur
bilis. Aku baru je mengusahakan cucur ni petang tadi. Kenapa bujang? Because
this's orang bujang punya resipi. :D
Syok makan cucur petang-petang ni sebenarnya. Membangkit selera. Serve
sekali dengan teh o panas-panas. Fuh, lapar semula jadinya. ok girls, let's
check the step to make this cucur :)
Firstly,
we have to have all these items :
Tepung
gandum
Ikan
bilis (kecik-kecik je tau)
Bawang
merah
Kentang
Garam
Air
Sikit dan
mudah je kan bahan dia? Gerenti boleh dapat kat dapur umah korang malam ni
jugak kan. hehe. Ok continue.
Secondly,
korang bismillah dulu baru korang hiris sebijik bawang merah. Racip
halus-halus. Then, masuk dalam satu bekas besar sebab nak gaul sekali dengan
tepung nanti. Kupas sebijik kentang, potong dadu-dadu, kecik-kecik, and then
campak je dalam bekas yang sama. Ikan bilis tu korang ambik setengah genggam,
basuh-basuh masuk jugak dalam bekas tadi tu. After then baru korang masukkan
tepung gandum dalam 2 cawan penuh. Pandai-pandai korangla agak tepung tu banyak
mana, sesuai dengan kuantiti ikan bilis and kentang tadi tu. Bawang tak jadi
masalah kalau nak letak banyak sikit. No hal.
Next
korang campak garam. Haa, part garam ni aku tak boleh nak tolong. Korang semua
ada deria rasa jadi korang la kena rasa sendiri. Jangan masin sangat, jangan
langsung tawar okeyh. Aku pun main hentam je letak garam. Tapi jangan sampai
sesudu, habis satu rumah darah tinggi nanti. Aku agak, kalau tepung dua cawan,
garam setengah sudu kecik je kot. Alah, pandai-pandaila korang yer. Yang
penting, garam secukup rasa. Habis cerita.
Lastly,
air. Masukkan air sikit-sikit. Kemudian kacau dulu tepung semua bahan tadi
sampai dia jadi bater. Aku rasa kalau girls mesti ada belajar kat sekolah
kemahiran hidup ekonomi rumah tangga apa tu bater. So kalau tak tahu apa bater
tu, sila rujuk resepi dalam buku sekolah form 1,2,3 yer. :D
Bater
tu nanti jangan terlalu cair. Kalau korang terlajak isi air, maka, terpaksalah
korang tambah sikit tepung untuk kasi bater tu likat sikit. That's why aku
suruh korang letak sikit-sikit air. Bila bater tu korang tengok tak cair and
tak lah kurang air, so, it's ready to be fried!
Korang
panaskan kuali and letak minyak. Then, tunggu selama 90 saat sampai minyak tu
tadi panas. Kemudian korang slow kan api kepada api yang paling slow korang
boleh buat kat dapur korang tu. Kalau tak, cucur korang akan hangus dengan
cepat. Trust me. No wonderla kan, sebab menda ni dah banyak kali jadi kat cucur
aku. hehe.
Now,
korang ceduk bater tu tadi dengan sudu, kemudian ambik satu lagi sudu untuk
tolak bater tu dalam kuali. Kalau korang pandai and rajin, korang boleh
bentukkan bater tu cantik-cantik and bulat-bulat and comel-comel baru korang
masukkan dalam kuali.
Dah
masuk, baru korang pasang balik api tu sederhana. Korang jangan lari jauh-jauh.
Duduk je depan kuali tu jaga semua cucur-cucur. Kalau tak, cucur tu akan mati
kehangusan. haha. Ok, aku rasa korang dah dapat tangkap kot.
Jadi,
Selamat mencuba! :)
Writen by Dieyaa Radzy at 10:32 pm 0 Anything..?
Labels: Cucur
The Starting
Bismillahirrahmanirrahim..
First
of all, alhamdulillah. This blog I build special for teenagers outside there to
make sure that girls could conquer the kitchen in the age of YOUNG. Same goes
to me. Aku memang tak pandai masak. Totally out punyalah. But sooner or later,
we HAVE TO learn how to cook.
Kat
sini girls, aku akan bantu korang merangkak macam mana aku merangkak sampai aku
reti memasak. But don't expect too much from me because aku pun tengah
bertungkus lumus belajar memasak nih.
I tell
you what, umur aku 21 baru aku pandai masak sikit-sikit. Dan, aku berani kerat
jari la, ada lagi kaum hawa kat luar tu lebih-lebih tua dari aku yang memang
tak reti langsung pegang sudip, usahkan memasak. Betul kan.? yeah, so true!
InsyaAllah
apa yang aku post ni nanti dapatla sedikit sebanyak tolong korang semua masak.
Memang takkan sama dengan resepi atau rencah yang original sepatutnya, tapi
inilah dikatakan pembelajaran. Aku punya trademark kat sini : bedal ikut suka
hati janji SEDAP. So makcik-makcik or kakak-kakak or chef-chef including master
chef kat luar sana tu, jangan complain banyak-banyak sebab kesemua cara dan
bahan untuk memasak yang aku postkan memang tak munasabah. Janji sedap.
So
guys, let's start our lessons! :)
Writen by Dieyaa Radzy at 8:22 pm 0 Anything..?
Labels: Intro
Subscribe to:
Posts (Atom)






