Bismillahirrahmanirrahim..
Orait,
since this is the first post for the menu, aku post menu mudah je ok. Cucur
bilis. Aku baru je mengusahakan cucur ni petang tadi. Kenapa bujang? Because
this's orang bujang punya resipi. :D
Syok makan cucur petang-petang ni sebenarnya. Membangkit selera. Serve
sekali dengan teh o panas-panas. Fuh, lapar semula jadinya. ok girls, let's
check the step to make this cucur :)
Firstly,
we have to have all these items :
Tepung
gandum
Ikan
bilis (kecik-kecik je tau)
Bawang
merah
Kentang
Garam
Air
Sikit dan
mudah je kan bahan dia? Gerenti boleh dapat kat dapur umah korang malam ni
jugak kan. hehe. Ok continue.
Secondly,
korang bismillah dulu baru korang hiris sebijik bawang merah. Racip
halus-halus. Then, masuk dalam satu bekas besar sebab nak gaul sekali dengan
tepung nanti. Kupas sebijik kentang, potong dadu-dadu, kecik-kecik, and then
campak je dalam bekas yang sama. Ikan bilis tu korang ambik setengah genggam,
basuh-basuh masuk jugak dalam bekas tadi tu. After then baru korang masukkan
tepung gandum dalam 2 cawan penuh. Pandai-pandai korangla agak tepung tu banyak
mana, sesuai dengan kuantiti ikan bilis and kentang tadi tu. Bawang tak jadi
masalah kalau nak letak banyak sikit. No hal.
Next
korang campak garam. Haa, part garam ni aku tak boleh nak tolong. Korang semua
ada deria rasa jadi korang la kena rasa sendiri. Jangan masin sangat, jangan
langsung tawar okeyh. Aku pun main hentam je letak garam. Tapi jangan sampai
sesudu, habis satu rumah darah tinggi nanti. Aku agak, kalau tepung dua cawan,
garam setengah sudu kecik je kot. Alah, pandai-pandaila korang yer. Yang
penting, garam secukup rasa. Habis cerita.
Lastly,
air. Masukkan air sikit-sikit. Kemudian kacau dulu tepung semua bahan tadi
sampai dia jadi bater. Aku rasa kalau girls mesti ada belajar kat sekolah
kemahiran hidup ekonomi rumah tangga apa tu bater. So kalau tak tahu apa bater
tu, sila rujuk resepi dalam buku sekolah form 1,2,3 yer. :D
Bater
tu nanti jangan terlalu cair. Kalau korang terlajak isi air, maka, terpaksalah
korang tambah sikit tepung untuk kasi bater tu likat sikit. That's why aku
suruh korang letak sikit-sikit air. Bila bater tu korang tengok tak cair and
tak lah kurang air, so, it's ready to be fried!
Korang
panaskan kuali and letak minyak. Then, tunggu selama 90 saat sampai minyak tu
tadi panas. Kemudian korang slow kan api kepada api yang paling slow korang
boleh buat kat dapur korang tu. Kalau tak, cucur korang akan hangus dengan
cepat. Trust me. No wonderla kan, sebab menda ni dah banyak kali jadi kat cucur
aku. hehe.
Now,
korang ceduk bater tu tadi dengan sudu, kemudian ambik satu lagi sudu untuk
tolak bater tu dalam kuali. Kalau korang pandai and rajin, korang boleh
bentukkan bater tu cantik-cantik and bulat-bulat and comel-comel baru korang
masukkan dalam kuali.
Dah
masuk, baru korang pasang balik api tu sederhana. Korang jangan lari jauh-jauh.
Duduk je depan kuali tu jaga semua cucur-cucur. Kalau tak, cucur tu akan mati
kehangusan. haha. Ok, aku rasa korang dah dapat tangkap kot.
Jadi,
Selamat mencuba! :)

0 Anything..?:
Post a Comment